Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Sukarelawan Sanitasi Kawasan Kampung Bantu Kawal Penularan COVID-19

By 16 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Kangar) 

KANGAR, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Sukarelawan dari empat buah kampung di Kuala Sanglang melaksanakan kerja-kerja sanitasi bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 di kawasan tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kuala Sanglang Maszelan Othman, kerja-kerja sanitasi ini melibatkan Kampung Pekan Kuala Sanglang, Kampung Datuk Keramat, Kampung Tanah Timbul dan Kampung Lorong Surau.

“Para sukarelawan bergotong-royong menjalankan proses sanitasi di kawasan tumpuan dan kawasan di mana terdapat kes-kes positif COVID-19.

“Setakat hari ini, terdapat 38 kes positif di daerah ini dan satu kes baharu dilaporkan di kawasan Pekan Kuala Sanglang,” katanya ketika ditemui pada proses sanitasi di kampung tersebut, di sini semalam.

Tambah beliau, jumlah kes yang kian meningkat menimbulkan kegusaran di hati para penduduk di kawasan ini.

“Kami berharap keadaan akan terkawal dan tidak berlaku seperti dahulu di mana kawasan ini pernah di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) selama dua minggu berikutan penularan Kluster PUI Sivagangga,” ujarnya.

Beliau memaklumkan terdapat 356 buah rumah yang akan di sanitasi di kawasan ini dengan penglibatan seramai 20 orang sukarelawan.

“Proses sanitasi mengambil masa selama tiga jam dengan menggunakan bahan-bahan sanitasi yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kasim dan Ahli Dewan Negara Senator Sabani Mat.

“Majoriti para penduduk yang ditemui menyambut baik inisiatif yang diambil bagi membantu memutuskan penularan wabak COVID-19 di kawasan ini,” katanya.

-NI-

Tinggalkan komen anda