Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Usul Bahas Ordinan Darurat Boleh Dibawa ke Sidang Parlimen September

By 3 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat boleh dibawa dalam sidang Parlimen bulan hadapan yang diharap dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan itu secara harmoni dan berperlembagaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan hari ini berkata ini selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Usul ini yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan,” katanya.

Muhyiddin berkata pembatalan ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit berikutan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos dan ini berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah dimaklumkan bahawa proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai 2021 tidak dapat disempurnakan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda