Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

[KEMAS KINI] Vaksin Secara Tanpa Janji Temu Melaka Dilancarkan

By 31 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka)/Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

MELAKA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) –  Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengumumkan individu yang berusia 50 tahun ke atas serta golongan orang kelainan upaya (OKU) dibenarkan untuk mendapatkan vaksin secara tanpa janji temu di pusat pemberian vaksin (PPV) yang berdekatan dengan kediaman bermula 30 Ogos dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

Menurut kenyataan yang dikongsikan dalam laman Facebook rasmi jabatan tersebut, beberapa syarat serta garis panduan telah ditetapkan bagi individu yang layak mendapatkan vaksin secara tanpa janji temu agar kemudahan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan serta teratur.

“Antara syarat utama adalah, individu tersebut haruslah berusia 50 tahun ke atas ataupun dikategorikan sebagai kelainan upaya dan masih belum mendapat tarikh janji temu vaksin yang dinyatakan dalam aplikasi MySejahtera.

“Selain itu, masa yang ditetapkan ialah bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, namun diingatkan bahawa setiap hari hanya 50 kuota individu yang diperuntukkan untuk setiap pusat pemberian vaksin dan individu yang ingin mendapatkan vaksin secara tanpa janji temu boleh ke PPV awam yang berdekatan dengan kediaman masing-masing,” menurut kenyataan itu, kelmarin.

Petugas di PPV Dewan Ali, Mastura Ishak.

Petugas di PPV Dewan Ali, Mastura Ishak.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, sebanyak 18 pusat pemberian vaksin awam merangkumi seluruh negeri Melaka terlibat dalam menyediakan perkhidmatan tanpa janji temu bagi individu yang berusia 50 tahun ke atas serta golongan kelainan upaya.

“Individu yang mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan negeri Melaka di talian 06-2356876 atau boleh melayari laman sosial media Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Melaka,” katanya.

Menurut seorang petugas kesihatan Mastura Ishak, 34, inisiatif membenarkan individu berusia 50 tahun ini merupakan salah satu langkah bijak kerana segelintir golongan berisiko yakni yang berusia serta golongan kelainan upaya harus disegerakan pemberian vaksin kepada mereka agar risiko jangkitan COVID-19 dapat dikurangkan.

“Saya menyeru kepada mereka yang mempunyai ibu bapa yang berusia 50 tahun ke atas dan masih belum mempunyai tarikh vaksinasi mengambil kesempatan ini untuk hadir awal bagi mendapatkan vaksinasi secara tanpa janji temu,” ujarnya ketika ditemui di PPV Dewan Ali Bukit Katil, di sini.

 

-FF

Tinggalkan komen anda