Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

15,549 Kes Baharu

By 19 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan yang baik apabila menurun kepada 15,549 kes setakat semalam, berbanding 17,577 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya semalam memaklumkan angka kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes tersebut kini 2,082,876.

Menurutnya Sarawak mencatat jumlah kes tertinggi dengan 2,929 kes diikuti Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375) dan Kelantan (1,214).

Seterusnya, Perak dengan 1,120 kes, Kedah (1,073), Terengganu (755), Pahang (634), Kuala Lumpur (382), Melaka (263), Negeri Sembilan (131), Perlis (33), Putrajaya (31) dan Labuan (11), katanya.

Sementara itu, menerusi maklumat infografik di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 sehingga 5 petang kelmarin ialah 68 peratus daripada 17,028 katil bagi penggunaan bukan unit rawatan rapi (ICU) manakala bagi katil ICU kes wabak itu ialah 76 peratus daripada 1,611 katil.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda