Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

19,733 Kes Baharu, Sarawak Kekal Tertinggi

By 9 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 19,733 kes baharu COVID-19 dilaporkan dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi untuk tiga hari berturut-turut iaitu 3,100 kes semalam.

Kelmarin, Sarawak mencatatkan 3,200 kes baharu, manakala pada Isnin 3,714 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini mencecah 1,900,467 kes.

Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,989 kes diikuti Pulau Pinang (2,474), Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471) dan Perak (1,319).

Sementara itu, negeri yang merekodkan kes di bawah empat angka adalah Terengganu (904), Pahang (700), Kuala Lumpur (537), Melaka (375), Negeri Sembilan (256), Perlis (74), Putrajaya (29) dan Labuan (7).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda