Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

3210 Pelajar Bakal Terima Vaksin Dos Pertama

By 23 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)

JEMPOL, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 3,210 orang pelajar akan menerima vaksin dos pertama di daerah Jempol bermula semalam dan dengan jumlah tersebut, sebanyak lapan lokasi telah dikenalpasti sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) iaitu melibatkan PPV di sekolah.

Dalam tinjauan yang dibuat awal pagi semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahau, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol memberitahu seramai 729 pelajar mendaftar untuk menerima vaksin dan melibatkan tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Bahau, Sekolah Menengah Bahau 2 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Chi Wen.

Menurut Penyelaras Pemberian Vaksin Daerah Dr Ismul Adham Zaini, pemberian vaksin akan diberikan mengikut jadual yang telah ditetapkan bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan ianya melibatkan pemberian vaksin kepada pelajar tingkatan empat hingga enam rendah.

Dr ismul Dan pegawai kesihatan yg lain bersama bapa & pelajar yg terima vaksin.

Dr ismul Dan pegawai kesihatan yg lain bersama bapa dan pelajar yg terima vaksin.

“Semua pelajar akan menerima vaksin Pfizer sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan mestilah diselesaikan sebelum sesi persekolahan dibuka.

“Ini bermakna kami perlu memastikan setiap pelajar yang hadir ke sekolah mesti telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kami perlu menyelesaikan pemberian vaksin ini sehingga pada 1 Oktober iaitu sekolah terakhir di SMK Datuk Mansor,” ujar beliau ketika ditemui di SMK Bahau, di sini semalam.

Sementara itu, Juli Hanani Johari, 36, guru Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) di SMK Bahau, gembira 13 pelajarnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) diberikan keutamaan untuk menerima vaksin dan dua orang pelajar dari kelas PPKI tidak dapat menerima vaksin disebabkan masalah penyakit akan dirujuk dan menerima suntikan di hospital.

Manakala Lee Dziu, 17, yang telah menerima vaksin pada hari ini berkata pada mulanya agak gementar tetapi setelah divaksin rasa biasa sahaja walaupun ada rasa sakit sedikit semasa dicucuk.

“Saya berharap dapat mengikuti pembelajaran seperti sebelum ini dan dapat ke sekolah kerana pembelajaran bersemuka lebih seronok dapat berjumpa kawan-kawan dan jika ada masalah boleh terus bertanya kepada guru,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda