Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

[KEMAS KINI] 40 Penduduk Bukit Bintang, Seputeh Terima Sumbangan Bakul Makanan

By 17 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan dan Jufie Nadheera Mohd. Hanafi (WPKL)

KUALA LUMPUR, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Bukit Bintang, Seputeh dan Putrajaya bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) menyantuni komuniti di dua buah parlimen menerusi Program Sepakat@Komuniti.

Pengarahnya Lim Ann Teck, berkata program tersebut diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Dewan Rukun Tetangga, Taman Salak Jaya dan Surau Nur Asy-Syakirin Program Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah.

“Sebanyak 40 bakul makanan diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan,” katanya yang ditemui selepas menyerahkan bantuan surau tersebut, di sini baru-baru ini.

Penerima menerima sumbangan daripada tetamu kehormat yang hadir semasa Program Sepakat@Komuniti Peringkat Parlimen Seputeh dengan kerjasama MPP Sub Zon 6, Parlimen Seputeh.

Penerima menerima sumbangan daripada tetamu kehormat yang hadir.

Salah seorang penerima, Danny Lee Peng Wai, 58, menzahirkan rasa syukur dan gembira atas sumbangan yang diterima.

“Saya mengharapkan program sebegini akan lebih kerap diadakan bagi membantu para penduduk yang terjejas akibat COVID-19,” katanya.

Para tetamu menyanyikan lagu Jalur Gemilang mengakhiri Program Sepakat@Komuniti Peringkat Parlimen Seputeh dengan kerjasama MPP Sub Zon 6, Parlimen Seputeh.

Para tetamu menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

Sementara itu, salah seorang penduduk di Parlimen Seputeh, Rosnah Nordin, 49, berkata, dia mengharapkan sumbangan diagihkan secara sama rata dengan mereka yang belum pernah menerima bantuan.

“Kadang-kadang, kita tidak tahu kepayahan hidup yang dialami oleh penduduk di PPR ini.

“Disinilah peranan MPP untuk membantu mengenal pasti mereka yang layak menerima bantuan dan diberikan sokongan dan galakan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda