Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Agensi KKMM Perlu Siap Siaga Perkenal Dasar Menuju Fasa Endemik COVID-19

By 7 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: MDEC

PUTRAJAYA, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu bersiap siaga memperkenalkan dasar dan program yang bersesuaian dengan perkembangan negara menuju fasa endemik COVID-19, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata warga kementerian perlu menerima hakikat bahawa COVID-19 akan sentiasa ada dalam kehidupan seharian dan pengurusan semasa endemik sudah tentunya berbeza.

“Kerajaan kita ini haruslah menjadi sebuah kerajaan yang dapat memenuhi aspirasi rakyat kerana kita ada dalam satu keadaan yang cukup mencabar. Kita terkongkong dalam suasana pandemik terlalu lama, (dan) telah menjejaskan kehidupan rakyat di semua peringkat.

“Kembalikan keceriaan rakyat Malaysia, kembalikan harapan dan keyakinan diri. Kita mesti bangunkan Malaysia sebagai sebuah negara penuh berkeyakinan untuk kita bergerak dan maju ke hadapan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek dan Pengerusi MDEC Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda