
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)
KESIDANG, 27 Sep ( Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) terus komited melaksanakan program hebahan bagi memastikan tiada masyarakat yang keciciran biarpun dilaksanakan dalam skala yanh kecil.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kesidang Mohd Sarif Daud, jawatankuasa induk memahami inisiatif yang diketengahkan oleh pihak (JaPen) Negeri yang sedaya upaya menjalankan program libat urus secara turun padang bersama komuniti setempat.
“Sinonim dengan objektif peranan JaPen, pihak kami amat mengalu-alukan program seperti ini walaupun dalam pandemik COVID 19, cara dan konsep yang diutarakan membuatkan pihak JAPERUN tiada masalah untuk berkerjasama.
“Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang akan sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam memastikan penularan jangkitan ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa” ujar beliau ketika merasmikan program tersebut di Kampung Batu Berendam, di sini kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa dan Pembangunan Kampung (JPKK) Kampung Bertam Malim Mohd Nor Hashim, berkata program yang dianjurkan ini memberikan impak kepada masyarakat setempat terutama dengan edaran Kit COVID 19 kepada wakil komuniti yang berperanan sebagai perantara kepada golongan yang memerlukan terutama dikawasan DUN Kesidang ini.
“Mewakili komuniti Kampung Bertam Malim, pihak kami berbesar hati menjadi salah satu lokasi yang dipilih oleh JaPen Negeri bukan sahaja menyampaikan dasar kerajaan melalui hebahan umum malah mendekatkan jabatan kerajaan kepada kelompok komuniti tersebut,” ujar Mohd Nor Hashim.
-FF