Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Gerakan Belia 4B Bukit Katil Berhimpun dalam Satu Program

By 12 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

BUKIT KATIL, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Belia Pemangkin Masa Hadapan Negara menjadi platform utama kepada penganjuran Program Merdeka@Komuniti Daerah Melaka Tengah.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah bersama JAPERUN Bukit Katil telah menghimpunkan golongan belia dari Gerakan Belia 4B di Dun Bukit Katil mewakili komuniti dilokasi berbeza dalam satu program.

Pengerusi JAPERUN Bukit Katil Mohd Ridhwan Mohd Ali, berkata titik permulaan kepada sebuah negara maju bergantung pada kewibawaan yang dimiliki oleh seseorang individu terutama golongan belia dalam menzahirkan budaya patriotisme dalam diri sejak dari mula lagi.

Ucapan Pengerusi Japerun Bukit Katil, Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Ucapan Pengerusi Japerun Bukit Katil, Mohd Ridhwan Mohd Ali.

“Memang diakui golongan dewasa amat mementingkan semangat cinta akan tanah air namun akan alpa dengan golongan belia ini kerana merekalah merupakan generasi baru yang perlu diterapkan dari awal semangat kecintaan pada negara.

“Komitmen yang diberikan oleh Jabatan Penerangan (JaPen) negeri yang menzahirkan semangat Hari Malaysia kepada golongan muda mahupun belia harus dihargai walaupun dengan penganjuran program berskala kecik seperti ini,” katanya semasa menyempurnakan program tersebut di Balai Raya Kampung Bukit Bayan, di sini semalam.

Wakil Gerakan Belia 4B Bukit Katil Mohd Fadzli Hussin, ditemui berkata kerjasama dalam program seperti ini amat bermakna kerana kebanyakkan golongan muda seakan lupa dengan sambutan Hari Malaysia kerana dibayangi dengan Hari Kemerdekaan namun hari tersebut merupakan peristiwa yang penting iaitu pembentukan Malaysia.

“Segelintir masyarakat seakan memandang golongan belia ini seperti tidak penting namun melalui Gerakan Belia 4B di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu menonjolkan sisi lain belia tersebut terutamanya dalam membantu masyarakat dalam pelbagai cara.

“Melalui program ini juga dapat memperlihatkan golongan belia ini mampu mewakili komuniti dalam memberikan bantuan mahupun pertolongan kepada golongan yang memerlukan selari dengan tujuan asal penganjuran program ini,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda