Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95, RON97 dan Diesel Kekal

By 2 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 2 Sep (Malaysiaaktif) –Ā Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05, RM2.72 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh bermula hari ini hingga 8 September ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

ā€œBagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak, kerajaan mengekalkan harga siling RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat, melebihi harga siling yang ditetapkan,ā€ menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menyatakan kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah sewajarnya, bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda