Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Jasa Pejuang Negara Terus Disanjung

By 20 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Jasin)

JASIN, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Membangkitkan semangat Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang ke-64, Pejabat Penerangan Daerah Jasin menyantuni pesara-pesara pejuang barisan hadapan negara di sekitar Jasin.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Jasin Azreen Ahmad, program Merdeka@Komuniti Peringkat Parlimen Jasin pada tahun ini telah memilih pejuang barisan hadapan untuk meraikan jasa dan bakti mereka dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Sumbangan kecil ini tidaklah sebesar pengorbanan mereka terhadap negara namun sangat bererti buat mereka, segala perih jerih mereka selama berkhidmat tidak mampu dibalas dengan wang ringgit,” ujarnya ketika menyantuni Persatuan Veteran ATM DUN Sungai Rambai di pejabat Penerangan, di sini baru-baru ini.

Pesara, Zawawi Ahmad, 72, berkata saya berasa bangga dan rasa dihargai atas sumbangan yang diterima kerana masih lagi mengingati pesara yang telah lama meninggalkan kerjaya sebagai barisan hadapan.

Zawawi Ahmad berdiri kanan.

Zawawi (kanan) terharu kerana sumbangannya kepada negara dihargai.

“Program seperti ini wajar diteruskan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan pesara dengan pihak kerajaan.

“Kami juga masih mampu menyumbang ilmu serta pengalaman kepada generasi muda supaya mereka memahami kepentingan menjaga kemerdekaan negara,” ujar bekas Pegawai Waran Dua Zawawi Ahmad.

Tinggalkan komen anda