Skip to main content
Berita TimurTerengganu

JPKK Kemaman Terima Jalur Gemilang Secara Pandu Lalu

By 1 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 160 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Kemaman telah diagihkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Hanafiah Mat telah menyempurnakan gimik perasmian program tersebut.

Pengerusi JPKK Alam Perdana, Tengku Abdul Mutalib Tengku Hassan ,34, meluahkan rasa gembira ketika menerima Jalur Gemilang.

Gimik perasmian oleh Hanafiah Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional Merangkap ADUN, Chukai.

Hanafiah (kanan) menyempurnakan gimik perasmian.

“Alhamdulillah Alam Perdana menerima Jalur Gemilang secara pandu lalu, program ini begitu ringkas dan cepat untuk mengelak kita dari dijangkiti COVID-19,” katanya yang ditemui setelah menerima bendera secara pandu lalu di pekarangan Pejabat Daerah Kemaman, baru-baru ini.

Pengerusi JPKK Padang Kubu, Sudin Muda 54, pula berpendapat pendekatan secara pandu lalu seperti ini sangat perlu bagi mencegah dijangkiti wabak COVID-19 berbanding perkumpulan beramai-ramai yang boleh meningkatkan kadar jangkitan wabak tersebut.

Program Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Kemaman, baru-baru ini.

Program Penyerahan Jalur Gemilang kepada JPKK Kemaman.

“Secara tidak langsung, kita menyahut saranan kerajaan dengan mengelak berkumpul di tempat yang sesak secara beramai-ramai dan dalam masa yang sama program dapat dijalankan,” katanya.

JPKK Alam Perdana, Tengku Mutalib Tengku Hasan, 34, berkata program secara pandu lalu mengurangkan kadar jangkitan COVID-19.

JPKK Alam Perdana, Tengku Mutalib Tengku Hasan, 34, berkata program secara pandu lalu mengurangkan kadar jangkitan COVID-19.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kampung Tebak, Mohd Adharudin Idris, 32, menyatakan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk menerima Jalur Gemilang dan berkata sambutan hari kemerdekaan pasti lebih bermakna sekiranya negara telah merdeka daripada pandemik COVID-19.

Tinggalkan komen anda