Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

[KEMAS KINI] Kekal Patuh SOP, Elak Penularan COVID-19 dalam Komuniti

By 25 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syaiful Harif Adnan/Muhaimin Musa (WPKL)

KUALA LUMPUR, 25 Sep (MalaysiaAktif) – Orang ramai khususnya penduduk di Parlimen Bandar Tun Razak dinasihatkan untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) biarpun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah beralih memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Cheras Datin Dr. Noriah Hajib, berkata pematuhan SOP penting bagi menghalang penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Sumbangan bakul makanan diberikan kepada barisan petugas hadapan.

Sumbangan bakul makanan diberikan kepada barisan petugas hadapan.

“Walaupun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini telah berada dalam Fasa 2 PPN, tidak bermakna yang kita sudah bebas dari wabak yang mengancam nyawa ini.

“Sentiasa patuhi SOP bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak COVID-19 dalam komuniti kita,” katanya ketika ditemui pada Program Sepakat@Komuniti Keluarga Malaysia di Pusat Rukun Tetangga Taman Mewah, di sini hari ini.

Program tersebut merupakan kerjasama antara Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP) bersama RT Cares Parlimen Bandar Tun Razak.

Majlis perasmian Program Sepakat@Komuniti Keluarga Malaysia di Pusat Rukun Tetangga Taman Mewah, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian Program Sepakat@Komuniti Keluarga Malaysia di Pusat Rukun Tetangga Taman Mewah, Kuala Lumpur.

Menurut Penolong Pegawai Penerangan JaPen WPKLP Asdazairi Daut, dalam program tersebut turut diadakan majlis penyerahan sumbangan berupa barangan keperluan beserta sijil penghargaan kepada petugas barisan hadapan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka ketika berdepan pandemik COVID-19.

-ZS-

Tinggalkan komen anda