
Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Mohammad Shafiq Rosidi (Ipoh)
BESOUT, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Kembara Jelajah Keceriaan di Felda Besout 4 & 5 dilaksanakan bagi menghargai semangat peneroka menghiasi kediaman mereka dengan Jalur Gemilang bersempena Bulan Kebangsaan.
Penolong Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perak Hasan Ashaari Abu Bakar, berkata kembara keceriaan ini dilaksanakan untuk menghargai usaha peneroka dalam menghias perkarangan kediaman mereka dengan Jalur Gemilang.
“Walaupun tidak menyertai pertandingan keceriaan yang dianjurkan pihak JaPen, namun usaha mereka amat dihargai dan kita memberikan sijil penghargaan serta sumbangan hadiah kerana telah mereka telah mengeluarkan modal yang besar dalam usaha mengindahkan kawasan kediaman dengan bendera kebanggaan kita,” katanya ketika ditemui sempena kembara di Felda tersebut, di sini hari ini.

Wakil Pengurus Felda Besout 4 Ahmad Nasri Salahuddin (kiri) menerima kunjugan daripada Hasan (tengah) sempena kembara tersebut.
Sementara itu, Pembantu Penerangan Daerah Muallim Mohd Azhar Mat Isa, berkata beliau sendiri telah turun padang melihat kesungguhan peneroka yang bersemangat menghiasi kediaman demi menaikkan semangat peneroka lain untuk bersolidariti pada Hari Kebangsaan yang lalu.
“Semangat patriotisme yang ditonjolkan mereka patut dicontohi oleh semua pihak dan disebabkan itu, pihak Pejabat Penerangan Daerah Muallim dan pengurusan Felda berusaha keras untuk menjayakan kembara keceriaan ini,” katanya.
~RJ~