
Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)
TAIPING, 26 Sep (Malaysiaaktif) ā Kempen Jom Kitar Semula diadakanĀ seperti biasa iaitu pada minggu terakhir setiap bulan pada hari Sabtu dan bagi menarik lebih ramai warga Taiping menghantar barangan terpakai untuk dikitar semula.
Ahli Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Nurul Aziera Mazlan, berkata kempen Jom Kitar Semula yang berkonsepkan pandu lalu dengan menghantar barangan terpakai untuk dikitar semula adalah cara tepat bagi memudahkan urusan penduduk Taiping menghantar barangan terpakai mereka.
āProgram ini telah diadakan sebelum pandemik COVID-19 lagi tetapi diadakan semula berikutan terdapat banyak permintaan daripada penduduk setempat untuk menghantar barangan terpakai mereka di samping dapat menjana pendapatan masing-masing melalui kaedah menghantar barang terpakai tersebut.
“Dengan hasil kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) JCI Taiping, kita dapat mengumpul barangan terpakai dengan lebih banyak pada hari ini dan sambutan yang diterima cukup menggalakkan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Galeri Perbandaran Taiping, di sini semalam.

Antara barangan terpakai yang dihantar oleh penduduk setempat bagi menyokong Kempen Jom Kitar Semula, semalam.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Perbandaran Taiping Chong Jia Jen, berkata maklum balas daripada warga setempat juga amat baik dan mereka menyokong agar kempen sebegini diadakan semula kerana sebelum ini ianya ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 dan saya berharap ada lagi penglibatan daripada NGO yang lain dapat turut serta dalam program sebegini.
“Pihak MPT juga turut menyediakan cenderamata kepada masyarakat yang datang menghantar barang mereka untuk dikitar semula dan antara bahan-bahan kitar semula diterimaĀ semalam adalah barangan berbentuk elektronik, kertas, botol plastik, botol kaca, kotak-kotak terpakai, mainan kanak-kanak dan banyak lagi.
“Menerusi Kempen Jom Kitar Semula ini, warga Taiping diajakĀ untuk menjaga alam sekitarĀ di samping mempergiatkan lagi usaha serta menanam sifat mengitar semula bahanĀ terbuangĀ untuk mengurangkan ancaman alam sekitar,” katanya.
~RJ