Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

[KEMAS KINI] Konvoi Jalinan Kasih Bayan Lepas Edar Bakul Prihatin

By 29 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Muhd Alif Abd. Hamid (Daerah Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 29 Sep (Malaysiaaktif)– Konvoi Jalinan Kasih anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menerusi Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Jabatan Perpaduan edar Bakul Prihatian buat penduduk setempat.

Pengarah JaPen Negeri Pulau Pinang Dr Haniff Hassan, berkata 40 sumbangan ā€˜Bakul Prihatin’ dan 100 beg cenderamata yang mengandungi pelitup muka, pensanitasi tangan, tisu antiseptik, topeng muka dan bahan penerbitan turut disampaikan melalui program tersebut.

40 sumbangan ā€˜Bakul Prihatin’ dan 100 goodies bag telah disampaikan melalui program Sepakat@Komuniti.

Sumbangan ā€˜Bakul Prihatin’ dan beg cenderamata diedarkan kepada penduduk setempat.

ā€œProgram ini bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengeratkan hubungan masyakarat berbilang kaum, agama dan bangsa.

ā€œPembentukan sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni ini selaras dengan konsep baharu yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Keluarga Malaysia,ā€ katanya ketika merasmikan program berkenaan di Kampung Seronok, di sini kelmarin.

Menurut Dr Haniff, program sebegini juga menjadi platform JaPen dalam menghebahkan maklumat mengenai dasar,inisiatif dan kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan pemahaman rakyat sekali gus mengelakkan salah tanggapan.

Aktiviti lain seperti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak turut diadakan di lokasi terakhir Kampung Seronok.

Aktiviti lain seperti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak turut diadakan di lokasi terakhir Kampung Seronok.

“Diharap sumbangan bakul makanan ini dapat memberi sedikit kelegaan buat mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Masyarakat turut diseru agar segera mendapatkan vaksin sebagai salah satu ikhtiar kerana imunisasi itu terbukti memberi impak positif terutamanya dalam usaha memerangi COVID-19,” katanya.

Selain ke Mutiara Perdana, konvoi turut merangkumi beberapa lokasi lain seperti Saujana Height, Dewan Serbaguna Bayan Lepas dan Kampung Seronok.

-ii-

Tinggalkan komen anda