Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Misi MAFI Prihatin

By 25 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Misi Prihatin Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) tiba di Jelebu bagi memanfaatkan penduduk di sini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI) Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata seramai 350 orang penerima sekitar Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Jelebu telah menerima bantuan bakul makanan yang mengandungi keperluan asas.

“Antara penerima bantuan termasuklah penduduk yang tinggal di sekitar MARDI Jelebu, petugas barisan hadapan serta warga MARDI Jelebu yang terjejas.

“Sumbangan bakul makanan yang disampaikan merupakan amanah, tanggungjawab dan inisiatif MAFI serta MARDI bagi meringankan beban kepada mereka yang memerlukan demi kelangsungan hidup akibat daripada penularan pandemik COVID-19.

Penyampaian benih pokok oleh Jalaluddin Alias.

Penyampaian benih pokok oleh Jalaluddin Alias (kiri).

“Dalam misi ini pihak MARDI juga turut menyumbang 100 anak benih pokok buah-buahan yang terdiri daripada anak pokok durian, rambutan, dokong dan manggis bagi projek tanaman buah-buahan tempatan di Dusun Pertanian, Sungai Mutoh, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di Majlis MAFI Prihatin di institut tersebut, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan Pengarah MARDI Negeri Sembilan Suwardi Afandi Ahmad.

-FF

Tinggalkan komen anda