Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Penyampaian Sumbangan Ceriakan Barisan Hadapan

By 5 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Zaman (Tampin)

TAMPIN, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memuji serta berterima kasih atas usaha semua pihak serta kementerian serta petugas kesihatan di Negeri Sembilan kerana telah berjaya beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara melibatkan penggunaan di wad unit rawatan rapi (ICU), alat pernafasan serta penggunaan katil hospital bagi pesakit COVID-19 yang berada di bawah paras minimum.

“Oleh yang demikian, dalam tempoh sebulan pesakit yang dimasukkan akibat jangkitan COVID-19 telah menunjukkan penurunan daripada 899 individu kepada 319 individu sahaja dan ianya penurunan sebanyak 65 peratus dalam tempoh masa sebulan,” ujarnya ketika menyantuni pesakit di Hospital Tampin dan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Taha Gemencheh dalam lawatan kerjanya, di sini semalam.

Khairy (kanan) menyantuni warga masyarakat Tampin yang sedang menunggu untuk menerima suntikan vaksin.

Khairy (kanan) menyantuni warga masyarakat Tampin yang sedang menunggu untuk menerima suntikan vaksin di PPV SMK Dato Mohd Taha Gemencheh.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sentiasa berhati-hati dan tidak mahu tergesa-gesa untuk membuka lebih banyak lagi sektor lain tanpa melaksanakan penilaian risiko yang ketat bagi memastikan pembukaan dilaksanakan dengan pendekatan yang berhati-hati serta selamat bagi penduduk Malaysia.

“Saya tegaskan kepada rakyat Negeri Sembilan untuk melakukan pendekatan kesihatan selaras dengan saranan pihak KKM dengan sentiasa mengamalkan pembudayaan norma baharu dengan sentiasa memakai pelitup muka walau di mana sahaja anda berada,” katanya.

Menerusi lawatan ini, beliau turut menyerahkan sumbangan sebanyak 1,500 peralatan perlindungan diri (PPE) dan 10,000 botol air mineral kepada petugas barisan hadapan untuk kegunaan di Hospital Tampin dan PPV Gemencheh sumbangan daripada Pejabat Menteri Kesihatan dan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA).

Turut hadir Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan Veerapan Superamaniam, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab, Pegawai Daerah Tampin Suhaiza Sharudin dan Pengarah Hospital Tampin Dr. Norzaliza Razali.

-FF

Tinggalkan komen anda