Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Politeknik Kota Kinabalu Perkenal PSPKK 2021-2025

By 2 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saberiya Patiroi/Mohd Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Politeknik Kota Kinabalu (PKK) memperkenalkan Pelan Strategik Politeknik Kota Kinabalu 2021-2025 (PSPKK 2021-2025) sebagai usaha meningkatkan kecemerlangan bakat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang berdaya saing.

Pengarahnya Zainab Othman, dalam satu kenyataan berkata pelan itu diperkenalkan dengan visi menjadikan institusi tersebut pusat kecemerlangan bakat TVET yang holistik dan mampan.

“Pelan ini penting sebagai asas rujukan bagi menentukan hala tuju ke arah pencapaian visi dan misi PKK untuk tempoh masa lima tahun yang mendatang.

“PSPKK 2021-2025 diwujudkan agar warga PKK dapat menghayatinya dengan semangat kerjasama yang kolektif serta bergerak sederap menjadikan PKK sebagai institusi kecemerlangan bakat TVET di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.

“Pelan ini dirancang dengan menjajarkan elemen-elemen yang disandarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025 serta merupakan sebahagian pelan peneraju dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Menurut beliau, pelan tersebut telah diperkenalkan secara rasmi kepada seluruh warga kerja PPK melalui Webinar bertajuk ‘Jerayawara Perdana PSPKK 2021-2025’ yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik Norhanom Awang dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kapten Md Syadiqin Awang Adi@Jumaat baru-baru ini.

“Sebagai penyedia TVET terbesar di negeri ini, adalah menjadi suatu kekuatan untuk menyediakan landasan kukuh bagi PKK memartabatkan statusnya sebagai salah sebuah penyedia pendidikan TVET yang premier dan unggul di Malaysia,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda