Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

RM12.4 Juta bagi Manfaat 73,883 Keluarga

By 7 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Kementerian Perpaduan Negara

PORT DICKSON, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Masyarakat India berpendapatan rendah (B40) di ladang seluruh negara merupakan antara kumpulan sasaran yang diberikan tumpuan oleh Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) dalam Program Kotak MITRA 2021.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata Kementerian Perpaduan Negara akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan pihak Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perladangan (NUPW) bagi mendapatkan statistik jumlah masyarakat India B40 di ladang seluruh negara dalam memastikan tiada yang tercicir daripada menerima manfaat program ini.

“Setakat ini peruntukan sedia ada adalah sebanyak RM12.4 juta disalurkan bagi memanfaatkan 73,883 keluarga dan program ini akan kita lakukan secara berterusan.

Fokus KPI 100 Kementerian Perpaduan Negara - Halimah.

Fokus KPI 100 Kementerian Perpaduan Negara – Halimah.

“Banyak negeri masih berada di Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), maka sudah tentu bantuan makanan ini akan terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas agihan Bantuan Kotak MITRA 2021 di Ladang Tanah Merah Chuah, di sini kelmarin.

Halimah berkata, program Kotak MITRA 2021 telah bermula pada 14 Ogos yang lalu dan dijangka selesai sebelum 31 Disember 2021 dengan harapan kerjasama strategik ini dapat diperkukuhkan lagi bagi memastikan bantuan diberikan meringankan beban keluarga yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Program bantuan makanan ini adalah antara fokus keutamaan dan perlu dicapai dalam tempoh 100 hari pembentukan Kabinet baharu yang dinamakan sebagai KPI 100 dan untuk hari ini sebanyak 150 kotak bantuan makanan MITRA 2021 telah diagihkan,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr. Razali Ab Malik dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan Arul Kumar Jambunathan.

-FF

Tinggalkan komen anda