Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Sambutan Hari Sungai Sedunia 2021

By 27 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sheik Amilhisham Sheik Hashim (Negeri Sembilan)

REMBAU, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Sungai Sedunia Tahun 2021 Peringkat Kebangsaan telah diadakan semalam bagi memberi kesedaran kepentingan menjaga sumber alam.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata program ini diadakan untuk memupuk rasa cinta dan sayang pada keindahan alam dan memberi kesedaran pada masyarakat tentang pentingnya air dalam kehidupan seharian.

“Sambutan seperti ini perlu diadakan untuk mengajak semua masyarakat untuk memberikan segala keringat untuk membersih serta memberi nafas baru kepada keindahan alam yang sangat berharga.

“Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)Ā  juga melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan Program Cap Kaki KarbonĀ (CFP) bagi mendapatkan nilai pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada aktiviti-aktiviti yang berada dibawah kawalan jabatan, seterusnya mewujudkan pelan tindakan yang boleh mengurangkan CFP di jabatan,” katanya ketika merasmikan sambutan tersebut diĀ Sungai Rembau Lubuk China, di sini semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, ‘Alur Air Dalam Komuniti Kita’ atau ‘Waterways In Our Communities’ dipilih sebagai tema Sambutan Hari Sungai Sedunia pada tahun ini.

Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air , Yb Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man menyampaikan ucapan dan merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia 2021.

Tuan Ibrahim ketika merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia 2021, semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Veerapan Superamaniam, sambutan tahun ini telah diadakan serentak di 49 buah lokasi di seluruh negara dan antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti gotong royong, menanam pokok, membersihkan lereng sungai dan banyak lagi sesuai dengan promosi Kementerian Alam Sekitar dan Air iaitu ‘kutip sampah sambil riadah’.

“Sambutan pada kali ini telah mendapat kerjsama penuh dari Kerajaan Negeri Sembilan dalam memastikan kelestarian penduduk setempat dan alam sekitar agar sentiasa terjamin dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, Tuan Veerapan a/l Superamaniam menyampaikan ucapan aluan.

Veerapan ketika menyampaikan ucapan aluan.

 

Menurut Pengarah JPS Negeri Sembilan Ir Saari Abdullah, JPS sangat mengalu-alukan komuniti setempat, pemimpin tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat untuk bersama mengurus dan memelihara kawasan sungai di negeri ini.

“Komuniti setempat, pemimpin tempatan, NGO dan badan korporat turut digalakkan menjadi rakan strategik untuk menyertai SAHABAT SUNGAI MALAYSIA yang diharap dapat menggerakkan inisiatif yang melibatkan komuniti setempat dalam pengurusan dan pemeliharaan kawasan lembangan sungai dan mengurangkan risiko banjir dan pencemaran sungai,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda