Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sumbangan Bakul Makanan Ceriakan Penduduk Taman Sri Raya

By 27 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Mohd Farid Ab. Halim (Hulu Langat)

AMPANG, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang penduduk di Taman Sri Raya menerima bakul makanan edaran Jabatan Penerangan (JaPen) bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat Hafizan Hamzah, berkata sumbangan bakul makanan ini merupakan inisiatif daripada Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat bagi membantu mereka yang terkesan dari segi pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Sumbangan bakul makanan ini tidak mewah tetapi kita berharap dapat meringankan perbelanjaan harian penduduk yang terkesan dengan pandemik di dalam komuniti di sini,” katanya ketika ditemui sempena Program Sepakat@Komuniti di Surau Taman Sri Raya, di sini kelmarin.

Penceramah dan Personaliti TV Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek.

Penceramah dan Personaliti TV Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek.

Sementara itu, pendakwah dan personaliti tv terkenal Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi, 47, berkata program Sepakat@Komuniti ini sangat bagus kerana dapat menjalinkan ukhuwah di antara agensi kerajaan dengan masyarakat dan bekerjasama dalam membantu penduduk setempat.

“JaPen juga telah berjaya menyampaikan maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan kepada orang awam dengan tepat dan jelas sekali dan tidak dilupakan kita perlu bersama-sama membendung penularan COVID-19 dalam komuniti serta menjaga kesihatan diri dan keluarga.

“Dalam program ini juga saya mewakili Geng Tamak Pahala (GTP) telah menyampaikan sumbangan cek bernilai RM10,000.00 kepada Surau Taman Sri Raya bagi tujuan pemasangan kamera litar tertutup dan peralatan siar raya,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan tazkirah ringkas kepada hadirin yang hadir.

*Pembetulan* Pengerusi Surau Taman Sri Raya, Jamal Mohd Noot.

Pengerusi Surau Taman Sri Raya, Jamal Mohd Noot.

Sementara itu, Pengerusi Surau Taman Sri Raya, Jamal Mohd Noot, 64, berkata program ini adalah yang pertama kali diadakan di dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

“Program ini sangat membantu penduduk setempat yang terjejas pendapatan mereka di mana manfaat bakul makanan ini turut dikongsi bersama pelbagai kaum terutamanya kaum India yang hadir dalam program hari ini.

“Saya bersyukur kerana pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah membenarkan solat jemaah dilakukan dengan bilangan 100 orang jemaah dalam satu-satu masa dan kita dapat mengadakan program penyampaian sumbangan pada hari ini.

“Kelonggaran aktiviti masjid dan surau di Negeri Selangor memberi kegembiraan kepada jemaah di sini,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda