
Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Nur Syafiq Mohd Kamaruzzaman (Tampin)
TAMPIN, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 dan upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa.
Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Kajurin@Kaddly Ujin, sambutan Hari Sukan tahun ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Oktober 2021.
“Pihak kami telah berjaya mengadakan dua acara iaitu Keluarga Malaysia My Fit at Home serta pertandingan akhir KBS Free Style Challenge dan manakala keesokkan harinya, berlangsung dua lagi acara iaitu Fun Ride HSN 2021 dan aktiviti mendaki gunung di Gemencheh.
“Alhamdulillah HSN tahun ini mendapat sokongan daripada persatuan-persatuan Kelab Sukan Tampin terutamanya Kelab Berbasikal Adrenaline (ACC) dan Kelab Senam Aerobik Tamgemas,” ujarnya sewaktu ditemubual setelah selesai Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Daerah Tampin 2021 di Stadium Tampin, di sini semalam.
Dalam pada itu, Kajurin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Jabatan dan Agensi kerajaan yang terlibat dalam membantu menjayakan HSN tahun ini, terutamanya dalam penetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang program berlangsung.
“Hampir seramai 250 orang peserta telah hadir bagi memeriahkan acara senaman aerobik pagi tadi dan penyertaan tersebut dikira menerusi pendaftaran awal yang telah dibuka sebelum ini.
-FF