Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

670 Pelajar Terima BUDI

By 22 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Bustan Made Aming/Mohd Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 670 pelajar terpilih menerima bantuan menerusi Program Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, berkata seramai 670 pelajar bumiputera Sabah dipilih di bawah program tersebut melalui Yayasan Sabah.

“Pihak Yayasan Sabah menerusi program BUDI menyalurkan bantuan sekali beri sebanyak RM2,000 kepada setiap pelajar ijazah sarjana muda dan RM1,500 kepada pelajar yang meneruskan pengajian di peringkat diploma.

Professor Datuk Dr. Taufek Yap menyampaikan cendera kenangan kepada Hajiji (kanan) sejurus majlis penyampaian tersebut.

Professor Datuk Dr. Taufek Yap menyampaikan cendera kenangan kepada Hajiji (kanan) sejurus majlis penyampaian tersebut.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar kalangan keluarga B40 untuk meneruskan pengajian mereka pada peringkat pengajian ijazah sarjana muda dan diploma,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran JPA kepada 30 pelajar peringkat Ijazah sarjana muda, 28 pelajar diploma dan satu pelajar asasi dari golongan keluarga B40 di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini semalam.

Menurut Hajiji, selain program BUDI kerajaan negeri juga turut melaksanakan bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM sebanyak RM200 seorang selain Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar yang tidak berkemampuan yang sebelum ini telah diagihkan kepada 10,000 penerima.

-RI

Tinggalkan komen anda