Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

7,630 Kes Sembuh Direkodkan, Kumulatif Kini 2,311,213

By 23 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 7,630 kes sembuh COVID-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini 2,311,213, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagi kes baharu COVID-19 pula daripada 6,630 kes yang direkodkan, hanya 101 kes atau 1.5 peratus adalah dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala baki 6,529 kes atau 98.5 peratus adalah Kategori Satu dan Dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 653 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 322 memerlukan bantuan pernafasan.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— RI

Tinggalkan komen anda