
Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka (Kuala Selangor)
KUALA SELANGOR, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Bekas atlet paralimpik negara Mohd Raduan Emeari, dianugerahkan Ikon Paralimpik sempena sambutan Hari Sukan Negara(HSN) Peringkat Daerah Kuala Selangor.
Pegawai Daerah Kuala Selangor Mohd Faizal Abdul Raji, berkata anugerah tersebut sebagai penghargaan kepada individu yang berjasa dalam bidang sukan seperti belia, guru dan pelajar.
“HSN menjadi platform terbaik untuk menghargai ikon-ikon sukan di daerah Kuala Selangor yang menunjukkan prestasi cemerlang,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, di sini hari ini.
Raduan merupakan seorang daripada 10 individu yang diiktiraf sebagai Ikon Sukan Daerah Kuala Selangor menyatakan rasa dihargai atas pengiktirafan tersebut.
“Saya berterima kasih dan berasa begitu bangga terima anugerah sukan hari ini.
“Saya sangat bangga dan ini merupakan anugerah sukan pertama buat saya, terima kasih kepada pihak penganjur,” katanya yang pernah memenangi lima pingat emas di Sukan Para ASEAN (APG),” katanya.

Mohd Faizal (tengah) bergambar bersama para peserta program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Selangor.
-RI