Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Gunakan Ilmu yang Diberi

By 25 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto : Noorshazana Shaadan (Port Dickson) / Norfazilah Ahmad (Politeknik Nilai)

BANDAR ENSTEK, 25 Okt (Malaysiaaktif) – “Satu perasaan yang menyeronokkan kerana ini kali pertama saya mencuba.

Demikian kata, Nur Amirah Soffia Mohd Marjihan, Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Nilai ketika ditemui selepas menghadiri Kem Kepimpinan Pelajar Politeknik Nilai Sesi Satu 2021/2022, semalam.

Amirah, pelajar semester lima dalam Diploma Landskap Hortikultur (DLH), Jabatan Agroteknologi dan Bio Industri Politeknik Nilai berkata beliau seorang yang takut akan aktiviti laut tetapi semua aktiviti yang dijalankan dalam kem ini memberanikan dirinya untuk mencuba.

“Aktiviti air tidak pernah saya lakukan dan ini kali pertama saya mencuba aktiviti snorkelling serta water confident yang saya dapat pelajari sesuatu baharu melaluinya.

“Sebagai YDP MPP, saya berharap dapat mengaplikasikan semua konsep daripada aktiviti yang dijalankan dalam memimpin MPP itu sendiri di mana kita hendaklah berhati-hati apabila membuat keputusan serta sentiasa teguh dengan keputusan yang dibuat,” katanya ketika ditemui selepas selesai Kem Kepimpinan Pelajar Politeknik, di sini semalam.

Tambah Amirah, sebagai satu pasukan kita hendaklah sentiasa menjaga satu sama lain tidak kira apa jua yang terjadi dan menepati masa yang ditetapkan sebaiknya,

“Saya berharap semua barisan MPP yang dilantik juga dapat menimba pengalaman yang diperoleh serta menggunakan ilmu yang diberikan sebaiknya kepada pelajar atau bakal MPP di masa mendatang,” katanya lagi.

Sementara itu, penasihat MPP, Mohamad Rahmad Hassan berkata pelaksanaan kem ini adalah diharapkan dapat mendedahkan peserta tentang nilai-nilai dan sifat kepimpinan di dalam diri setiap pemimpin.

“Mereka sebagai MPP perlu juga menitikberatkan tentang tanggungjawab pemimpin dalam memegang amanah mereka serta menanam ciri-ciri kepimpinan ke dalam jiwa untuk menjadi pemimpin yang unggul bagi menerajui kepimpinan Negara pada masa hadapan,”katanya

Kem Kepimpinan Pelajar Politeknik Nilai telah berlangsung selama tiga hari di Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong, Terengganu adalah bertujuan menyemai sifat kepimpinan dalam diri pelajar serta melahirkan keyakinan dalam membuat sesuatu keputusan.

Kem yang dihadiri oleh 30 orang pelajar dan pengiring diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), perbentangan Business Model Canvas (BMC), menjejak hutan, mencari harta karun dan aktiviti snorkeling.

-FF

Tinggalkan komen anda