Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Kealpaan Patuhi SOP Mengundang Padah COVID-19

By 25 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)

BAYAN BARU, 25 Oktober (Malaysiaktif) – Akibat keadaan semasa Pandemik COVID-19, dapat disaksikan ramai peserta Kursus Pembuatan Pizza lebih kreatif dalam kursus anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya bertempat di Dewan Jalan Tengah, Selatan, di sini semalam.

Pegawai Daerah Barat Daya, Mohd Hafiz Aswad, berkata peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya kursus yang diadakan kerana ia boleh menjana pendapatan lumayan.

“Peserta perlu kreatif mempelbagaikan pizza ikut citarasa orang kita dan berani mencuba sesuatu yag baru dalam menghasilkan pizza,” katanya semasa merasmikan Kursus Pembuatan Pizza, di sini.

Pegawai Daerah Barat Daya, Mohd Hafiz Aswad merasmikan Kursus Pembuatan Pizza, di sini.

Pegawai Daerah Barat Daya, Mohd Hafiz Aswad merasmikan Kursus Pembuatan Pizza, di sini.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Barat Daya, Marshita Othman, mengingatkan kita tidak boleh berasa lalai dalam pengawalan penyebaran pandemik COVID-19 kerana virus ini masih wujud dalam komuniti.

“Masyarakat diseru agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), walaupun Pulau Pinang telah memasuki fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Peserta kreatif mempelbagaikan ikut citarasa dan menghasilkan pizza dalam Kursus Pembuatan Pizza.

Peserta kreatif mempelbagaikan ikut citarasa dan menghasilkan pizza dalam Kursus Pembuatan Pizza.

“Penularan jangkitan COVID-19 dan peningkatkan kes mendadak boleh berlaku semula jika orang ramai gagal mematuhi SOP yang ditetapkan,”katanya.

Menurut Marshita, masyarakat tidak boleh leka walaupun tren kes positif COVID-19 telah menurun, kealpaan akan mengundang padah.

Selain itu, JaPen Barat Daya menerusi Info On Wheels (IOW) dalam Program juga sentiasa mempergiatkan hebahan untuk menyeru masyarakat mematuhi SOP selaras dengan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Tinggalkan komen anda