Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Harian Catat Penurunan, 6,145 Kes

By 18 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: RTM

PUTRAJAYA, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan dengan 6,145 kes baharu dilaporkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir kes harian direkodkan bawah 7,000 adalah pada 11 Oktober dengan 6,709 kes.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 2,390,687.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu, hanya 142 kes atau 2.3 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima, manakala baki 6,003 kes atau 97.7 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 12 kes adalah kes import manakala 6,133 kes melibatkan penularan tempatan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi COVID-19 semalam.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 9,231 kes sembuh dilaporkan semalam, sekali gus mengatasi kes baharu.

Selain itu, terdapat 640 kes yang disahkan COVID-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 281 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata sembilan kluster baharu telah dikenal pasti membabitkan enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda