Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Keluarga Malaysia: Bermula dengan Identiti Individu

By 18 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Suzira Zainol Abidin/Tamarriman Zaharuddin (Muallim)

SLIM RIVER, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Maulidur Rasul yang akan disambut Selasa ini berkait rapat dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz, berkata, ia bertepatan dengan situasi semasa yang mana masyarakat sedang melalui peralihan fasa pandemik kepada endemik selain amalan pembudayaan norma baharu.

“Keluarga Malaysia terbentuk bermula dengan identiti individu sebelum berkembang menjadi sebuah keluarga dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat.

“Seseorang individu itu perlu membina kekuatan diri agar mampu membentuk keluarga yang baik sehinggalah mampu berkembang menjadi sebuah masyarakat yang hebat seperti mana sejarah Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW,” katanya ketika ditemu bual sempena Program Sepakat@Komuniti – Gotong-royong Keluarga Malaysia di Masjid Jamek Kg. Kuala Slim, di sini, semalam.

EN. Zaidi merasmikan Program Sepakat@Komuniti – Gotong-royong Keluarga Malaysia di Masjid Jamek Kg. Kuala Slim, di sini, semalam.

EN. Zaidi ketika Perasmian Program Sepakat@Komuniti – Gotong-royong Keluarga Malaysia di Masjid Jamek Kg. Kuala Slim, semalam.

Sementara itu, Mohd Zaidi yang hadir merasmikan program turut memberi pandangan tentang kebenaran rentas negeri berkuatkuasa pada 11 Oktober lalu.

“Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini bukanlah bersifat kebebasan kerana hampir dua tahun menghadapi COVID-19, kita sebenarnya sedang menjalani proses mengurus dan mendisiplinkan diri dalam menangani penularan wabak ini.

“Jadi, Keluarga Malaysia perlulah kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan terus mengamalkan pembudayaan norma baharu agar usaha kita untuk mencegah virus COVID-19 ini berjaya,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda