Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pantai Batu Ferringhi Kembali Meriah dalam Keadaan Terkawal

By 5 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safwanah Zulkopli/Noor Suraya Zainal (Timur Laut)

BATU FERRINGHI, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Pusat pelancongan Pantai Batu Ferringhi, yang menjadi tumpuan orang ramai melakukan pelbagai aktiviti di tepi pantai bersama keluarga dalam keadaan terkawal.

Tinjauan oleh Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut (DTL) mendapati orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah COVID-19.

Antara pengunjung yang beriadah dan berkelah di Pantai Batu Ferringhi sentiasa tidak bersesak-sesak serta mematuhi penggunaan pelitup muka.

Antara pengunjung yang beriadah dan berkelah di Pantai Batu Ferringhi sentiasa tidak bersesak-sesak serta mematuhi penggunaan pelitup muka.

Hasil temubual dengan seorang pengunjung, Hafiza Abdullah, 30, berkata dia bersama keluarga mengambil kesempatan untuk berkelah hari ini kerana beranggapan hari ini tidak begitu ramai pengunjung seperti hari minggu.

“Seronok dapat keluar rumah, berkelah di pantai seperti ini bagi anak-anak yang sudah pun bosan kerana lama terkurung di dalam rumah, sekali-sekala bawa mereka beriadah.

Hebahan Pejabat Penerangan DTL memberikan nasihat kepada pengunjung di tepi Pantai Batu Ferringhi berkenaan SOP dan Norma Baharu.

Hebahan Pejabat Penerangan DTL memberikan nasihat kepada pengunjung di tepi Pantai Batu Ferringhi berkenaan SOP dan Norma Baharu.

“Saya lihat semua pengunjung yang datang ke sini mengikut SOP yang ditetapkan dan menjaga penjarakan sosial.

“Saya sengaja mengajak suami dan anak-anak datang hari ini kerana menganggap tidak ramai orang yang datang seperti hari Sabtu atau Ahad dan Alhamdulilah tidak ramai orang hari ini, jadi tidak menjadi kerisauan sangat untuk beriadah,” katanya.

Pusat pelancongan Pantai Batu Ferringhi, di sini, kembali meriah menjadi tumpuan orang ramai dalam keadaan terkawal.

Pusat pelancongan Pantai Batu Ferringhi kembali meriah dikunjungi orang ramai namun dalam keadaan terkawal.

Terdahulu, Pejabat Penerangan DTL tidak melepaskan peluang melakukan hebahan pematuhan SOP bagi mengingatkan pengunjung agar tidak lalai dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan mematuhi SOP.

-ii-

Tinggalkan komen anda