Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pengguna Terjejas Krisis Air Lega Bil Percuma Dua Bulan

By 8 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 28,700 akaun pengguna domestik yang terjejas akibat krisis air di sini kini mampu menarik nafas lega apabila dikecualikan membayar bil oleh Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).

Pengecualian pembayaran bil melibatkan 130,000 pengguna untuk dua bulan pada Oktober dan November ini.

Bagi peniaga menjual makanan pagi, Rohana Razali, 56, berkata dengan pengumuman tersebut, beliau dan peniaga-peniaga boleh menarik nafas lega kerana meringankan sedikit bebanan.

Rohana Razali, 56 lega dengan pengumuman pengecualian pembayaran bil kepada pengguna akaun terjejas.

Rohana Razali, 56 lega dengan pengumuman pengecualian pembayaran bil kepada pengguna akaun terjejas.

“Sepanjang krisis air sejak 2 Ogos lalu, perniagaan menjual kuih mak cik terjejas berikutan beberapa pembekal kuih tidak menghantar kuih jualan mereka di kedai makcik,” katanya ketika ditemui di premis perniagannya, di sini baru-baru ini.

Katanya, pengecualian bil berkenaan akan meringankan perbelanjaan bulanannya sekeluarga untuk dua bulan.

Dalam pada itu, peniaga makanan ringan kecil-kecilan sejak 20 tahun yang lalu Rogayah Karim, 73, meluahkan rasa syukur kerana kerajaan dilihat sentiasa mencari alternatif terbaik bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

Jualan makanan ringan Rogayah Karim sedikit terjejas sepanjang tempoh krisis air yang lalu

Jualan makanan ringan Rogayah Karim sedikit terjejas sepanjang tempoh krisis air yang lalu

“Sepanjang ketiadaan air hampir tiga minggu menyebabkan sambutan pelanggan di gerai makcik berkurangan.

Dia memberitahu hasil jualan di kedainya agak kurang memberangsangkan kerana pelanggan kurang datang ketika tempoh ketiadaan air tersebut.

“Bukan itu sahaja, makcik juga mengharapkan masyarakat menggunakan air dengan cermat dan tidak membazir bagi menghargai niat baik kerajaan negeri untuk meringankan beban rakyat sepanjang tempoh krisis air yang lalu,” katanya.

Sebelum ini, krisis Air Berangan berlaku sebanyak dua kali akibat paip air dasar Sungai Terengganu pecah pada 2 Ogos hingga 13 Ogos dan 23 Ogos hingga 9 September, sebelum berjaya dipulihkan.

Tragedi itu turut menjejaskan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Tepoh, Buloh Gading, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Manir serta DUN Batu Rakit dan kerajaan negeri mengumumkan bantuan segera berjumlah RM2.79 juta bagi meringankan bebanan rakyat.

-ii-

Tinggalkan komen anda