Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

PICK Remaja Luak Jempol Berjalan Lancar

By 1 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzilawati Kamarudin  (Jempol)/Teks Ucapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

JEMPOL, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat.

Usaha ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah.

Sehubungan itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja Luak Palong telah mula dilaksanakan dengan kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah dan sekolah.

Menerusi Program Vaksinasi Anakku Daerah Jempol , sepuluh buah sekolah rendah dalam Luak Palong turut dijadualkan yang melibatkan pelajar-pelajar tahun enam yang telah mencapai umur 12 tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan KSK Palong 6.

Para pelajar hadir dengan ditemani salah seorang daripada ibu bapa ke PPV mengikut sesi yang telah ditetapkan kepada sekolah masing-masing supaya perjalanan pemberian vaksin dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

Menurut salah seorang pelajar, Rafaie Zaidan Khuzwan, pada mulanya takut untuk hadir tetapi selepas berjumpa dengan rakan-rakan di dewan PPV perasan takut bertukar kepada teruja.

Rafaei menerima suntikan vaksin.

Rafaei menerima suntikan vaksin.

Sementara itu, ibu kepada salah seorang pelajar yang telah menerima vaksin, Norul Ain Ariffin berkata, Program yang berjadual ini memudahkan beliau menguruskan masa menghantar anak ke PPV walaupun sedang bekerja.

“Proses mendapatkan vaksin anak saya hanya mengambil tempoh masa yang singkat dan mudah untuk saya meneruskan kerja,” katanya.

Guru-guru dari sekolah sekitar Palong juga antara yang terlibat sebagai sukarelawan bagi membantu melancarkan PICK Remaja, dekat sini.

-FF

Tinggalkan komen anda