Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Semangat Perpaduan Empat Komuniti Negeri Melaka

By 10 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Program PMR@Komuniti yang di jalankan oleh Pejabat Penerangan Melaka Tengah menggabungkan empat Komuniti Negeri Melaka; Persatuan Gabungan India-India Negeri Melaka (GAPPIN), Persatuan Peranakan Cina Negeri Melaka, Persatuan Belia Bersatu Negeri Melaka dan Komuniti Kampung Portugis.

Menurut Pengerusi GAPPIN, R. Ganesh Rethanam, program yang di jalankan dilihat dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta memandangkan program tersebut di sertai oleh masyarakat berbilang kaum.

“Situasi COVID-19 yang melanda dunia ketika ini dilihat sebagai satu rahmat yang membantu memantapkan lagi konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita ini selari dengan konsep yang sedang di war-warkan oleh Perdana Menteri kita iaitu keluarga Malaysia.

En R. Ganesh Rethanam bersama Komuniti Gabungan Persatuan India-India Negeri Melaka.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan segala berita palsu yang boleh menyebabkan perpaduan antara kaum di negara ni terjejas tidak di sebarkan sewenang-wenangnya kerana pada zaman teknologi serba canggih ini banyak berita palsu yang boleh menyebabkan perpaduan antara kaum terjejas,” katanya ketika ditemui di Menara Persekutuan MITC, di sini semalam.

Pengerusi Persatuan Peranakan Cina Negeri Melaka, Frank Koh, berkata sebagai bekas guru sistem pendidikan negara perlu dikaji semula seiring dengan cara masyarakat berfikir dan bertindak pada era ini contohnya menekankan konsep Keluarga Malaysia yang sedang di bawa oleh Perdana Menteri.

Program yang diadakan di Lobi Menara Persekutuan MITC tersebut turut menampilkan pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka (MKN) yang memberikan taklimat berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

-FF

Tinggalkan komen anda