Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sepakat@Komuniti Jadi Medium Salur Maklumat

By 3 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri/ Saraspathy Letchumanan (Batu)

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Program Sepakat@Komuniti dilihat menjadi antara medium terbaik dalam usaha menyebarkan maklumat dalam kalangan penduduk setempat.

Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Beringin, Affendi Abdullatif berkata, program bersama komuniti sedemikian membolehkan orang ramai mendapatkan informasi berkaitan isu semasa secara terus daripada pihak kerajaan dengan fakta yang tepat.

Affendi (tiga dari kiri) mengiringi Asdazairi pada majlis penyerahan sumbangan bakul makanan.

Affendi (tiga dari kiri) mengiringi Asdazairi pada majlis penyerahan sumbangan bakul makanan.

“Program sebegini merupakan medium terbaik untuk menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pada Program Sepakat@Komuniti Parlimen Batu di Taman Beringin di sini, semalam.

Program tersebut merupakan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kepong/Batu dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Beringin.

Seramai 20 orang penduduk yang terkesan akibat pandemik menerima sumbangan bakul makanan pada Program Sepakat@Komuniti Parlimen Batu.

Seramai 20 orang penduduk yang terkesan akibat pandemik menerima sumbangan bakul makanan pada Program Sepakat@Komuniti Parlimen Batu.

Pada majlis tersebut turut diadakan majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada 20 penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Asdazairi Daut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda