Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sukan Agen Pembentukan Keluarga Malaysia

By 10 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Kolej Komuniti Jelebu sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) 2021 Peringkat Daerah Jelebu semalam.

HSN yang disambut pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Jalaludin berkata sukan adalah satu kaedah terbaik untuk menterjemahkan makna atau erti kata Keluarga Malaysia sebenar dan rakyat Jelebu hendaklah menjadikan sukan ini sebagai salah satu alat atau agen dalam merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Datuk Seri Jalaluddin Alias memberi ucapan perasmian.

Jalaluddin ketika memberi ucapan perasmian.

“Sukan bukan untuk orang Melayu sahaja kerana sukan adalah untuk semua bangsa yang dapat meningkatkan ikatan kekeluargaan sesama kita bagi membentuk Keluarga Malaysia sebenar.

“Perlu diingat, dalam menyambut HSN ini, semua peserta perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan mengamalkan kawalan kendiri walaupun Negeri Sembilan telah berada di fasa 4,” tegasnya ketika merasmikan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Jelebu, di sini kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Belia dan Sukan daerah Jelebu Nurulhaizan Abd Karim, berkata antara program menarik yang dianjurkan sempena sambutan HSN tahun ini termasuklah keluarga Malaysia MyFit, Fun Walk, PS5 Fifa22 Mini Tournament, kayuhan basikal lambat dan juga KBS Football Freestyle Challenge.

Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

“Sambutan HSN setiap tahun ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

“Sambutan untuk tahun ini sangat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Jelebu, kakitangan jabatan dan agensi kerajaan daerah Jelebu serta belia-belia tempatan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda