Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Warga Jasin Budayakan Sukan Kayak Meriahkan Hari Sukan Negara

By 10 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastika Hablum (Jasin)

SERKAM, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 Peringkat Daerah Jasin diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun dengan kekangan pandemik COVID-19.

Menurut Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Redtma Melaka Haslan Maslan, kayak merupakan sukan air yang paling menguji fizikal dan mental.

“Selain meningkatkan keyakinan diri apabila berada ditengah lautan yang dalam, ia juga meningkatkan semangat kerjasama berpasukan antara satu sama lain.

“Seramai 56 orang peserta yang diketuai oleh Pegawai Daerah Jasin, Rahizi Ranom dan Ketua Jabatan/Agensi serta Persatuan Belia di Daerah Jasin menyahut seruan berkayak sejauh 3.4 km bermula dari Pantai Siring ke Pulau Besar,” katanya yang ditemui sempena program tersebut, kelmarin.

Peserta kayak sedang mendengar taklimat sebelum memulakan acara.

Peserta kayak sedang mendengar taklimat sebelum memulakan acara.

Menurut Haslan, matlamat utama penganjurannya adalah ke arah pembudayaan sukan agar semua golongan berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental ke arah pemulihan negara yang masih berhadapan dengan penularan wabak Pandemik COVID-19.

 

Pengerusi Persatuan Belia MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan.

Pengerusi Persatuan Belia MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan.

“Mengemudi pendayung bukan satu perkara yang mudah, kena ada teknik dan strategi agar kayak mengikut arah laluan tempat yang hendak dituju agar tidak terbalik serta mengundang kemalangan,” ujarnya.

Beliau yang merupakan penganjur bersama HSN turut menyampaikan taklimat keselamatan ketika berada di dalam air supaya semua peserta berada di dalam keadaan tenang dan tidak panik ketika kayak terbalik apabila di tengah lautan.

Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Redtma Melaka, Haslan Maslan.

Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Redtma Melaka, Haslan Maslan.

Manakala menurut Pengerusi Persatuan Belia MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan, 42, menerusi aktiviti bersukan ia dapat menyihatkan tubuh badan seseorang dan jika badan sihat, akal fikiran pun turut sihat serta dapat mengelakkan dari melakukan perkara yang tidak bermanfaat.

“Amalan pemakanan yang seimbang juga penting dalam kehidupan seharian jika ingin kekal sihat yang berpanjangan,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda