Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

6,137 Kes Baharu dalam Kategori Satu, Dua

By 11 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 98.3 peratus atau 6,137 kes daripada jumlah keseluruhan 6,243 kes baharu COVID-19 yang dilapor semalam terdiri daripada Kategori Satu dan Dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sebanyak 1.7 peratus atau 106 kes baharu COVID-19 pula dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima.

“Sebanyak 543 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 279 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Noor Hisham berkata kes sembuh COVID-19 yang dilapor semalam adalah sebanyak 5,068 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 2,430,122.

Beliau berkata tujuh kluster baharu dikenal pasti melibatkan dua kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster bagi kumpulan berisiko tinggi, pendidikan lain, institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM), institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM dan pendidikan tinggi.

“Negeri yang mencatat kluster baharu ialah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur,” katanya.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda