Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

JAPEN Terus Komited Turun Padang Menyelami Isu Rakyat Selaras Konsep Keluarga Malaysia

By 22 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan/Mawarni Ismail

MANJUNG, 22 NOV (Malaysiaaktif) – Selaras dengan konsep Keluarga Malaysia, Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia terus komited menganjurkan program turun padang bagi menyelami isu dan permasalahan masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JaPen Malaysia, Hashim Bedu berkata melalui pendekatan libat urus yang dilaksanakan ini menjadikan jabatan terus relevan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai agen perubahan negara.

“Keberadaan JaPen yang berada di peringkat lapangan dapat memainkan peranan sebagai agen untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas atas faktor kesihatan atau kelangsungan hidup,” katanya.

Jelasnya lagi, program Ziarah Kasih merupakan salah satu entiti jabatan untuk menyantuni rakyat atau orang ramai yang kurang bernasib baik.

“Saya berharap program sebegini dapat diteruskan bersesuaian dengan konsep Keluarga Malaysia bagi mewujudkan nilai-nilai kebersamaan dan keterangkuman sebagai satu titik nilai dalam Keluarga Malaysia di samping nilai kesyukuran apabila dikurniakan nikmat kesihatan yang baik,” jelasnya ketika ditemui selepas mengadakan aktiviti Ziarah Kasih sempena Program Sepakat@Komuniti Keluarga Malaysia anjuran JaPen Negeri Perak di sini, semalam.

Hashim Bedu meluangkan masa menyantuni Shamsuddin Mat Ali.

Hashim Bedu meluangkan masa menyantuni Shamsuddin Mat Ali.

Dalam program itu, Hashim Bedu sempat menyantuni tiga buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Kampung Tengah Jalan Pasir Bogak dengan menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian.

Salah seorang penerima, Shamsuddin Mat Ali, 66 tahun yang berkerusi roda kerana kehilangan sebelah kakinya akibat kencing manis yang dialaminya pada tahun 2018, menzahirkan ucapan terima kasih di atas kehadiran dan keprihatinan pihak JaPen Perak dalam memberikan sokongan emosi serta bantuan yang diberikan.

~RJ~

Tinggalkan komen anda