Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Terapkan Amalan Kreatif dan Inovasi Dalam Penyampaian Mesej Kerajaan Kepada Komuniti

By 22 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Amalan kreatif dan inovasi perlu diterapkan dalam kalangan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia bagi menjadikan jabatan terus relevan dalam mendepani cabaran pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia, Hashim Bedu berkata kaedah komunikasi yang pelbagai dan berinovatif perlu digunakan dalam keadaan semasa yang banyak menggunakan medium digital sebagai platform menyampaikan mesej-mesej kerajaan.

Hashim Bedu ketika memyempurnakan gimik perasmian program Hari Inovasi dan Kecemerlangan 2021 Peringkat Negeri Perak.

Hashim Bedu ketika memyempurnakan gimik perasmian program Hari Inovasi dan Kecemerlangan 2021 Peringkat Negeri Perak.

“Inovasi merupakan satu agenda penting dalam transformasi sektor awam yang mana penjawat awam digalakkan berfikir di luar kotak dengan membudayakan pemikiran kreatif dan Inovasi.

“Dalam konteks perkhidmatan awam, sesuatu inovasi dapat memberikan manfaat kepada rakyat serta dapat memberikan nilai tambah kepada keadaan sedia ada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Negeri Perak di Pulau Pangkor.

Sarah Nur Saad pemenang Anugerah Kandungan Kreatif Terbaik (Video).

Sarah Nur Saad pemenang Anugerah Kandungan Kreatif Terbaik (Video).

Dengan tema “Warga Kreatif, Jabatan Berinovatif”, program ini mempertandingkan beberapa anugerah inovasi khusus kepada semua kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Perak.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Anugerah Inisiatif Inovasi Berkumpulan Terbaik, Anugerah Inisiatif Individu Terbaik, Anugerah Kandungan Kreatif terbaik (foto & video), Anugerah Info on Wheels (IoW) Kreatif dan Anugerah Khas Pengarah.

~RJ~

Tinggalkan komen anda