Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

JPJ Laksana Ops Sedar Bermula Hari Ini

By 24 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula hari ini bagi memantau pemilik kenderaan yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui sekatan jalan raya (SJR) akan dibuat di beberapa lokasi terpilih.

“Pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans akan menimbulkan kesulitan kepada pemilik kenderaan itu sendiri sekiranya berlaku sebarang bentuk kemalangan semasa menggunakan kenderaan masing-masing di jalan raya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans kenderaan motor boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya ditahan di SJR dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 serta lesen boleh digantung selama 12 bulan.

Zailani berkata semasa pelaksanaan Ops Sedar, pihak JPJ juga ada menyediakan kemudahan Mobile JPJ untuk tujuan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) secara terus.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda