Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Keputusan Permohonan eGTukar akan Dikeluarkan pada 6 Disember

By 24 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Keputusan permohonan pertukaran guru melalui eGTukar bagi pertukaran tahun hadapan akan dikeluarkan pada 6 Disember ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook berkata keputusan bagi permohonan eGTukar itu akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada tarikh berkenaan.

“Untuk makluman semua, insya-Allah kita akan keluarkan keputusan eGTukar untuk pertukaran tahun hadapan pada 6 Disember 2021. Dan ini, insya-Allah akan memberi ruang untuk guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya. Sama-sama kita tunggu 6 Disember ini,” katanya.

Radzi berkata keputusan eGTukar itu merupakan antara perkara yang sering diajukan oleh guru-guru terutamanya apabila penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda