Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Terus Rekod Penurunan dengan 4,701 Kes

By 7 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di negara ini terus merekodkan penurunan iaitu 4,701 kes semalam berbanding 4,922 kes kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,501,966.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes sembuh semalam mencatatkan 5,382 kes menjadikan kumulatif kes sembuh COVID-19 sebanyak 2,407,205.

“Daripada 4,701 kes harian yang dilaporkan hari ini (Sabtu), 88 kes atau 1.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,613 kes atau 98.1 peratus lagi melibatkan kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 4,673 adalah kes tempatan membabitkan 4,505 warga tempatan dan 168 bukan warganegara manakala baki 28 kes adalah kes import melibatkan 20 warga tempatan dan lapan bukan warganegara.

Dr Noor Hisham memaklumkan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi adalah 544 kes dengan 280 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak tiga kluster baharu dikenal pasti membabitkan tempat kerja di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), beliau berkata negara kini merekodkan nilai 0.92 dengan Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.06 dan nilai sifar direkodkan di Labuan.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda