Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lebih 100 Warga Kota Sahut Kempen Derma Darah JPJ

By 21 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/JPJ

PUTRAJAYA, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 100 orang penduduk setempat hadir menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan bekalan darah terutamanya dalam kalangan mangsa-mangsa kemalangan jalan raya.

Menurut Pengarah Bahagian Keselamatan Jalan Raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dr. Wong Yau Duenn, inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu pihak Pusat Darah Negara dalam mengumpulkan bekalan darah dan juga Sempena Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendeklarasikan setiap hari Ahad minggu ketiga bulan November setiap tahun sebagai Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia.

“Ianya bertujuan untuk mengingati mangsa-mangsa kemalangan jalan raya dan menghargai jasa-jasa anggota barisan hadapan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya,” katanya ketika ditemui sempena program tersebut di Pusat Darah Negara Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Dr. Wong, pihak jabatan bersama-sama Majlis Keselamatan Jalan Raya menganjurkan kempen ini sebagai simbolik membantu mangsa-mangsa kemalangan dan menambah stok bekalan darah negara.

“Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada semua dan pada masa sama kami turut menyediakan kaunter urus niaga bergerak JPJ sempena program hari ini,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda