Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu Buka Peluang Belia Bekerja

By 1 November 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkifli Othman/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN,1 Nov, (Malaysiaaktif) – Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu merupakan satu lagi program anjuran Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu (THRDC) dan Institut Modal Insan Negeri Terengganu (i-MiTS) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Unit Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT) untuk membantu golongan belia mendapatkan peluang pekerjaan.

Program selama dua hari yang berakhir semalam itu diadakan di Dewan Utama, Majlis Perbandaran Dungun terbuka kepada belia yang berumur 18 hingga 40 tahun yang serius mencari pekerjaan dengan membawa dokumen dan keterangan ringkas diri mereka.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Wan Hapandi Wan Nik menjelaskan bahawa program yang diadakan ini merupakan satu langkah kerajaan negeri untuk membantu rakyat mendapatkan peluang pekerjaan bagi memulakan muamalat kehidupan dan membina semula ekonomi keluarga.

Kakitangan PERKESO membantu pencari kerja yang hadir.

Kakitangan PERKESO membantu pencari kerja yang hadir.

“Kerajaan negeri melalui THRDS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama sebuah syarikat multinasional dari Jepun iaitu Panasonic Appliance Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd (PAPAMY) bagi membuka 800 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Dalam ucapannya, Wan Hapandi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura turut memaklumkan bahawa hasil daripada dua program yang sama di Daerah Besut dan Kuala Terengganu serta temuduga secara atas talian diadakan telah berjaya memberikan peluang pekerjaan sebanyak 146 kepada belia.

Wan Apandi Wan Nik bertanya khabar kepada belia yang hadir.

Wan Apandi Wan Nik bertanya khabar kepada belia yang hadir.

“Ketika program ini berlangsung, seramai 50 orang belia daripada Besut yang berjaya mendapatkan tawaran kerja dalam perjalanan bergerak menaiki dua buah bas ke Panasonic di Shah Alam,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia, PAPAMY, Muhasan Maksam bersama pasukan Jabatan Sumber Manusia mengharapkan ramai di kalangan belia di sini hadir ke temuduga secara fizikal bagi mengambil peluang kerana MAMAPY menyediakan banyak pakej tawaran Istimewa.

Sesi taklimat juga disediakan oleh PERKESO bagi memberi penerangan yang jelas kepada belia berkaitan insentif PEMULIH telah disediakan kepada golongan belia yang berkelayakan dan pencari kerja mesti mendaftar dengan portal MYFutureJobs dan yang aktif mencari pekerjaan.

Rashid Abu Bakar, 65, berkata ramai belia yang hilang pekerjaan akibat pendemik COVID-19, program ini adalah peluang bagi mereka untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan keistimewaan dan kemudahan lain yang diberikan oleh syarikat gergasi Jepun ini.

Rashid Abu Bakar memaklumkan bahawa belia yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 boleh datang ke program ini.

Rashid Abu Bakar memaklumkan bahawa belia yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 boleh datang ke program ini.

“Banyak kelebihan dan faedah yang ditawarkan oleh syarikat ini namun, belia perlu bersedia untuk bekerja luar dari kampung,” kata Muhammad Azwauri Shahron Nizab, 20.

Beliau amat gembira apabila mengetahui bahawa program ini akan diteruskan di daerah lain selepas diadakan di Daerah Besut, Kuala Terengganu dan Dungun.

Muhammad Azwauri Shahrom Nizab gembira apabila mengetahui belia dari daerah lain dapat bersama dalam temuduga ini bila diadakan di semua daerah.

Muhammad Azwauri Shahrom Nizab gembira apabila mengetahui belia dari daerah lain dapat bersama dalam temuduga ini bila diadakan di semua daerah.

Raja Ibrahim Raja Manis, 54, pula berkata “Pendekatan dan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dapat mengurangkan pengganguran dan memelihara kebajikan rakyat,” ulasnya.

Ketua Pegawai THRDC, Aminudin Omar turut mengiringi Wan Hapandi Wan Nik semasa sesi lawatan ke kaunter yang disediakan.

Raja Ibrahim Raja Manis gembira dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Raja Ibrahim Raja Manis gembira dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Turut hadir, wakil Pegawai Daerah Dungun, Muhammad Ainol Naim Mat Adam dan wakil Pengarah PERKESO Negeri Terengganu.

Tinggalkan komen anda