Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

Pelaburan RM8.5 Billion Di Kulim, Dijangka Wujudkan 6000 Peluang Pekerjaan

By 1 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juliana Ibrahim/Sarah Abd Halim (Kulim)

KULIM, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Syarikat AT&S yang berpengkalan di Austria telah membuat pelaburan terbesar dalam sejarah syarikat itu apabila telah melaburkan sebanyak USD 2.05 billion (RM 8.5 Billion) di Kulim Hi Tech, Fasa 4.

Majlis Pecah Tanah Tapak Kilang AT&S disempurnakan oleh Menteri Kanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor diiringi Ketua Pegawai Operasi Syarikat AT&S, Mr. Ingolf Schroeder serta pengurusan tertinggi Syarikat itu.

Menurut Azmin, pelaburan AT&S ini memberi peluang perniagaan untuk vendor tempatan dalam sektor semikonduktur sekaligus mencipta mata pencarian buat komuniti Malaysia dan dijangka menjelang 2024, kilang ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi melebihi 6000 kepada rakyat Malaysia yang boleh bekerja dalam persekitaran fasiliti yang baru, moden dan canggih.

Majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh Azmin Ali dan Sanusi Mohd Noor diiringi oleh COO AT&S dan pengurusan tertinggi syarikat AT&S di Kulim Hi Tech Park Fasa 4.

Majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh Azmin Ali dan Sanusi Mohd Noor diiringi oleh COO AT&S dan pengurusan tertinggi syarikat AT&S di Kulim Hi Tech Park Fasa 4.

“AT&S membawa generasi terkini teknologi mewah ke Malaysia dan akan mewujudkan sektor teknologi baru sepenuhnya di salah satu hotspot mikroelektronik global masa depan,” ujar beliau.

“Selain pembuatan produk berteknologi tinggi, aktiviti R&D yang luas juga akan dijalankan di tapak baru ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Mr. Ingolf Schroeder.

“Semua aktiviti ini memerlukan sejumlah besar sumber manusia yang berkelayakan tinggi dan akan meningkatkan pasaran buruh di rantau ini. Pencarian pekerja di fasiliti AT&S yang baru ini terdiri daripada pakar, pengurus, dan pemimpin dalam bidang jurutera elektronik, mekanikal, kimia, dan perniagaan,” tambah Schroeder baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Mr. Ingolf Schroeder ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Tapak Kilang AT&S baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Mr. Ingolf Schroeder ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Tapak Kilang AT&S baru-baru ini.

Sokongan yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Kerajaan Negeri Kedah sepanjang proses permulaan pemilihan lokasi juga telah menyumbang kepada keputusan untuk menubuhkan kilang terbaru AT&S di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim, Kedah.

~RJ~

Tinggalkan komen anda