Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Terima Kasih Pengamal Media dan Penggerak IOW – MB Johor

By 11 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamisah Sumar (Johor)/Jurufoto JaPen Johor

JOHOR BAHRU, 11 Nov  (Malaysiaaktif) – “Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan penggerak Info On Wheels (IOW) Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor kerana sentiasa bertungkus-lumus dalam memberikan liputan, publisiti, penulisan berita dan hebahan berita yang terbaik dalam setiap program serta aktiviti yang dilaksanakan kerajaan negeri,” kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.

Menurut Menteri Besar, perkembangan pesat rangkaian telekomunikasi global dan ledakan teknologi maklumat masa kini juga amat ketara dirasai setelah dunia melangkah masuk ke abad baru.

“Fenomena globalisasi telah mendedahkan masyarakat kepada suatu revolusi maklumat yang melangkaui sempadan sehingga mampu mengubah dan mencorak sistem pentadbiran dunia dan budaya masyarakat global.

“Hubungan kerjasama ini akan dapat membantu melahirkan dan memperkukuhkan pasukan komunikasi strategik di kalangan organisasi kerajaan terutamanya dalam pengendalian dan hebahan maklumat dari semasa ke semasa kepada masyarakat,” katanya lagi ketika ditemui pada Majlis Apresiasi PRE Ihsan Johor 3.0 Tahun 2021 di Auditorium Permata Sari Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar RTM Johor, di sini, semalam.

Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang semasa Majlis Apresiasi PRE Ihsan Johor 3.0 Tahun 2021 Petugas Info On Whells (IOW) Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor dan Pengamal Media Negeri Johor, semalam.

Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor semasa Majlis Apresiasi PRE Ihsan Johor 3.0 Tahun 2021, semalam.

Tambah beliau, pengamal media dan wartawan juga adalah sebahagian daripada petugas barisan hadapan yang memainkan peranan utama dalam memberikan maklumat yang tepat dan sahih serta memerangi berita palsu mengenai COVID-19.

“Saya berharap agar semua pengamal media terus kekal dan sentiasa menghidangkan liputan, penerangan, hebahan yang terbaik dalam menyampaikan berita dan maklumat-maklumat berkaitan kerajaan yang terkini dan tepat,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut memberikan sumbangan RM500 kepada semua pengamal media dan penggerak IOW JaPen Johor.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor Mazlan Bujang dan Pengarah Penerangan Negeri Naim Fahmi Ahmad Tajuddin.

-NI-

Tinggalkan komen anda