Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tiada Kluster Baharu, Kes Kekal di Paras 5,000

By 15 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Tiada kluster baharu dilaporkan semalam, namun jumlah kes baharu positif COVID-19 dalam negara kekal melebihi paras 5,000 dengan sebanyak 5,162 kes dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 5,162 kes jangkitan baharu semalam, 104 kes atau dua peratus adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima (melibatkan radang paru-paru, bantuan oksigen dan bantuan pernafasan) manakala 5,058 kes atau 98 peratus lagi adalah Kategori Satu dan Dua (tidak bergejala dan bergejala ringan)

“Sebanyak 524 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 265 lagi kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 5,019 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan kumulatif kes yang pulih dari jangkitan itu kini 2,451,216.

Nilai kadar kebolehjangkitan atau R-Naught (Rt) negara pula adalah 1.05 berbanding 1.04 kelmarin.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda