Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Naik kepada 5,446 Kes

By 10 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 naik kepada 5,446 semalam daripada 5,020 kes kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu dalam negara kini berjumlah 2,678,465 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 5,446 kes harian yang dilaporkan semalam, 98.4 peratus atau 5,358 kes adalah daripada Kategori Satu dan Dua, manakala 1.6 peratus atau 88 kes lagi adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima.

Menerusi kenyataan situasi semasa COVID-19 semalam, Dr Noor Hisham berkata kes sembuh pula mencatat 5,427 kes menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih adalah 2,586,822.

Selain itu Dr Noor Hisham berkata 419 kes disahkan pesakit COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 232 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 17 lagi kluster baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negara adalah sebanyak 254 kluster.

Maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

-RI

Tinggalkan komen anda